dalam mahkamah tinggi di melaka rayuan jenayah daripada
Transkript
dalam mahkamah tinggi di melaka rayuan jenayah daripada
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI MELAKA RAYUAN JENAYAH DARIPADA MAHKAMAH SESYEN DI MELAKA NO. ________ TAHUN 2011 ANTARA PENDAKWA RAYA ……. PERAYU DAN 1. RIZAL BIN RAHIM 2. NUR ADINA BINTI RESPONDENADNAN ……. RESPONDEN ---------------------------------------------------------------------------------------------DALAM MAHKAMAH SESYEN DI MELAKA KES TANGKAP NO. 62 – 47 & 48 TAHUN 2009 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN RIZAL BIN RAHIM DAN NUR ADINA BINTI ADNAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Kedua-dua Tertuduh ini iaitu Rizal Bin Rahim (Tertuduh Pertama) dan Nur Adina Binti Adnan (Tertuduh Kedua) telah pada asalnya dituduh dan dibicarakan bersama-sama untuk pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang 1 kemudiannya telah dipinda di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. [2] Pertuduhan pindaan pertama dan kedua adalah seperti berikut:62-47-2009: Tertuduh Pertama – Rizal Bin Rahim: Pertuduhan Pindaan Pertama: “Bahawa kamu bersama-sama Nur Adina Binti Adnan di antara 11 haribulan November 2008 jam 12.22 tengahari hingga 27 haribulan November 2008 jam lebih kurang 11.18 pagi, di Pos Malaysia Cheng, dalam Daerah Melaka Tengah, di dalam Negeri Melaka, telah didapati dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu harta Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sebanyak RM14,300 dengan melakukan jualan balik tanpa pengetahuan pemilik Atekah Binti Mohamad Yasin K/P: 460520-04-5294. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan”. Pertuduhan Pindaan Kedua: “Bahawa kamu bersama-sama Nur Adina Binti Adnan di antara 21 haribulan November 2008 jam lebih kurang 12.30 tengahari hingga 28 haribulan November 2008 jam lebih kurang 12.28 tengahari, di Pos Malaysia Cheng, dalam Daerah Melaka Tengah, di dalam Negeri Melaka, telah didapati dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu harta Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sebanyak RM6,450 dengan melakukan jualan balik tanpa pengetahuan pemilik Siti Normaidah Binti Hassan Muhamad K/P: 871104-04-5160. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan”. 2 62-48-2009: Tertuduh Kedua – Nur Adina Binti Adnan: Pertuduhan Pindaan Pertama: “Bahawa kamu bersama-sama Rizal Bin Rahim di antara 11 haribulan November 2008 jam 12.22 tengahari hingga 27 haribulan November 2008 jam lebih kurang 11.18 pagi, di Pos Malaysia Cheng, dalam Daerah Melaka Tengah, di dalam Negeri Melaka, telah didapati dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu harta Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sebanyak RM14,300 dengan melakukan jualan balik tanpa pengetahuan pemilik Atekah Binti Mohamad Yasin K/P: 460520-04-5294. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan”. Pertuduhan Pindaan Kedua: “Bahawa kamu bersama-sama Rizal Bin Rahim di antara 21 haribulan November 2008 jam lebih kurang 12.30 tengahari hingga 28 haribulan November 2008 jam lebih kurang 12.28 tengahari, di Pos Malaysia Cheng, dalam Daerah Melaka Tengah, di dalam Negeri Melaka, telah didapati dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu harta Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sebanyak RM6,450 dengan melakukan jualan balik tanpa pengetahuan pemilik Siti Normaidah Binti Hassan Muhamad K/P: 871104-04-5160. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan”. [3] Kedua-dua Tertuduh ini telah mengaku salah terhadap keduadua pertuduhan pindaan dan faham sifat dan akibat pengakuan salah tersebut. 3 FAKTA KES: [4] Pada 14.3.2008, pengadu iaitu Atekah Binti Mohamad Yasin telah mengemaskinikan buka ASBnya sendiri nombor akaun 080954587 dan buku ASB anaknya Siti Normaidah Binti Hassan Muhamad nombor akaun 361788922. Hasil kemaskini pada tarikh tersebut, pengadu dapati bahawa simpanan beliau adalah berjumlah RM14,398.52 manakala baki terkini jumlah akaun ASB anaknya adalah RM6,513.90. [5] Walaubagaimanapun, pada 7.1.2009, pengadu sekali lagi telah mengemaskinikan akaun ASB miliknya dan anaknya dan terkejut apabila mendapati baki terkini akaun milik pengadu adalah RM2,655.88 dan baki akaun terkini anaknya adalah RM3,458.97. Hal ini mengejutkan pengadu kerana beliau dan anaknya tidak pernah melakukan sebarang pengeluaran atau jualan balik saham di dalam akaun masing-masing. Semakan lanjut pengadu jalankan di Pejabat Pelaburan ASNB Semabok dapati telah berlaku pengeluaran di Pejabat Pos Melaka. [6] Ekoran daripada itu, pengadu telah membuat satu laporan polis sebagaimana BTG Melaka 8/09. [7] Ekoran aduan yang diterima, siasatan telah dijalankan oleh Azraie Bin Abdul Rahman iaitu Pegawai Penyiasat Pos Malaysia, dapati pengeluaran telah dilakukan oleh petugas bernama Nur Adina Binti Adnan, nombor K/P: 791001-05-5396 di Pejabat Pos Cheng, Melaka. Nur Adina Adnan merupakan seorang kerani kaunter yang bekerja di Pejabat Pos Cheng. Bidang kerja Nur Adina adalah membuat kerja-kerja di kaunter termasuk juga membuat urus niaga ASNB. Satu laporan polis telah dibuat oleh En. Azraie sebagaimana Tanjung Minyak 844/09. [8] Bagi sesuatu prosedur pengeluaran ASB, pengeluaran haruslah mempunyai buku pelabur, nombor kad pengenalan pelabur, cap jari dan tandatangan pelabur, Borang ASB 31 dan bagi pengeluaran melebihi RM500, ID kedua iaitu ID Ketua Pos diperlukan. 4 [9] Pada bulan November 2008, Nur Adina telah didatangi oleh Rizal meminta tolong Nur Adina untuk membuat pengeluaran ASB emak saudaranya yang bernama Atekah. Nur Adina telah mengenali Rizal semenjak Ogos 2001 semasa Rizal masih bekerja bersama di Pos Malaysia, Bukit Baru di Unit ODA SAHAJA. Walaubagaimanapun, Rizal telah diberhentikan oleh Pos Malaysia pada 8.5.2003 kerana terdapatnya penyelewengan yang dilakukan Rizal. [10] Rizal telah datang membawa Borang ASB 31 tanpa buku pelabur dan meminta pertolongan Nur Adina untuk membuat pengeluaran kerana emak saudaranya sakit dan memerlukan duit. [11] Nur Adina telah mempercayai kata-kata Rizal dan telah membantu membuat pengeluaran wang setelah Rizal menyerahkan Borang ASB 31 yang telah diturunkan cap jarinya. Bersama-sama Borang ASB 31 ini, Rizal turut menyerahkan kertas kecil yang tertera nombor buku ASB pelabur. Rizal yang pernah bekerja bersama Pos Malaysia sebelum ini mengetahui prosedur pengeluaran wang ASB dan untuk itu, Rizal telah meminta pertolongan Nur Adina untuk membantunya membuat pengeluaran wang dari buku ASB pengadu dan anaknya dan Nur Adina akan mengisi butir-butir pengadu dan anak pengadu yang harus diisi di dalam Borang ASB 31 yang telah dicap jari oleh Rizal. [12] Setelah diserahkan, Nur Adina akan memasuki system ASB dan memasukkan nombor buku yang diberikan. [13] Memandangkan bagi pengeluaran melebihi RM500, ID kedua iaitu ID Ketua Pos diperlukan. Oleh kerana selalu melihat Ketua Posnya bernama Ramaiyee memasukkan IDnya, Nur Adina telah mengetahui ID Ramaiyee iaitu “RAMAIYEE”. Ketua Pos Cheng, Ramaiyee a/p Karuppanan mengesahkan bahawa ada ketikanya apabila beliau memasukkan IDnya, keraninya Nur Adina akan melihat ID yang ditekan dan oleh kerana IDnya ditekan berkali-kali setiap hari, maka Ramaiyee mengesyaki IDnya telah diketahui dan digunakan oleh Nur Adina untuk meluluskan pengeluaran wang ASB yang melebihi RM500. 5 Sepanjang tempoh bulan November 2008, Ramaiyee menafikan ada meluluskan pengeluaran wang tunai dari buku ASB pengadu dan anaknya. [14] Setelah selesai pengeluaran, Nur Adina telah menyerahkan duit yang dikeluarkan kepada Rizal beserta salinan slip Borang ASB 31 berwarna kuning kepada Rizal. [15] Setelah mendapat duit, Rizal telah keluar meninggalkan pejabat pos dan Nur Adina menyatakan tidak pernah menerima duit yang dikeluarkan Rizal kerana Nur Adina percaya duit tersebut adalah milik emak saudaranya yang sakit dan hanya ingin membantu Rizal biarpun Nur Adina mengetahui tindakannya adalah menyalahi prosedur Pos Malaysia. [16] Sepanjang November 2008, atas permintaan Rizal, Nur Adina telah membuat pengeluaran wang dari akaun pengadu Atekah sebanyak 4 transaksi iaitu sebagaimana berikut:(i) 11.11.2008 – pengeluaran sebanyak RM5,000. (ii) 14.11.2008 – pengeluaran sebanyak RM5,000. (iii) 18.11.2008 – pengeluaran sebanyak RM3,500. (iv) 27.11.2008 – pengeluaran sebanyak RM800. [17] Manakala pengeluaran dari akaun anak pengadu Siti Normaidah adalah sebanyak 3 transaksi sebagaimana berikut:(i) 21.11.2008 – pengeluaran sebanyak RM1,000. (ii) 24.11.2008 – pengeluaran sebanyak RM5,000. (iii) 28.11.2008 – pengeluaran sebanyak RM450. [18] Berdasarkan slip pengeluaran Borang ASB 31, tertera 3 elemen iaitu ID Safe, ID Operator dan No. Mesin. Berdasarkan slip pengeluaran 7 transaksi di atas, jelas tertera ID Safe nombor 6 7153 iaitu ID Safe kepunyaan Nur Adina dan ID Operator tertera ‘NA’ iaitu singkatan bagi nama Nur Adina iaitu Nana. [19] Nur Adina di dalam ketujuh-tujuh transaksi telah mengikut arahan dan telunjuk Rizal. Ini jelas ketara apabila terdapatnya mesej yang dihantar Rizal kepada Nur Adina sebagaimana laporan pemeriksaan muka surat 33 yang berbunyi, “kau cakap le setiap pengeluaran mesti ada pengesahan daripada Ketua Pos”, “dia akan soal base on fakta, dia akan tanya betul ke ni ID kau, time ni le kau boleh kenakan Ramaiyee”. [20] Di Pejabat Pos Cheng, semasa bulan November 2008, terdapat 2 lagi kerani selain daripada Nur Adina iaitu Siti Salfizah Abdul Rani dan Hanizam Binti Muhamed. Menurut Siti Salfizah dan Hanizam, sepanjang bulan November 2008, mereka tidak pernah membuat sebarang transaksi pengeluaran wang daripada buku ASB pengadu atau anaknya dan mereka tidak mengetahui kata ID Ketua Pos Cheng. [21] Siasatan polis telah dijalankan di mana rampasan terhadap barang-barang kes berikut dibuat:(a) 2 buku akaun simpanan ASB pengadu dan anaknya. (b) 7 keping Borang ASNB 31 Amanah Saham Nasional Berhad yang digunakan untuk pengeluaran wang. (c) 4 keping Borang ASNB 31 Amanah Saham Nasional Berhad bertulisan tangan Nur Adina Adnan. (d) 1 surat permohonan jawatan kerani bertulisan tangan Nur Adina Adnan. (e) 2 borang permohonan cuti bertulisan tangan Nur Adina Adnan. (f) 3 Borang ASNB 31 yang bertulisan tangan pengadu Atekah. (g) 1 kertas putih bertulisan tangan milik pengadu Atekah. 7 (h) 5 borang ASNB 31 bertulisan tangan milik Rizal Rahim. (i) 1 buku kecil note book biru bertulisan tangan Rizal Rahim. (j) Handphone Nokia 5200 milik Nur Adina berserta Sim Kad nombor siri 8960010411329134732 dan 1 kad memori jenis micro SD bersaiz 512. [22] Kesemua barang kes yang dirampas telah dihantar ke Jabatan Makmal Forensik PDRM dan juga Pusat Pendaftaran Penjenayah Bukit Aman. Laporan pengesahan cap jari mengesahkan bahawa cap jari yang berada pada ketujuh-tujuh Borang ASB 31 yang digunakan untuk pengeluaran wang tunai milik pengadu dan anaknya adalah milik Rizal. [23] Manakala laporan pemeriksaan dokumen telah mengesahkan bahawa tulisan tangan pada ketujuh-tujuh Borang ASB 31 yang digunakan untuk pengeluaran wang tunai milik pengadu dan anaknya adalah milik Nur Adina. [24] Laporan Seksyen Jenayah Komputer PDRM yang memeriksa handphone Nokia 5200 milik Nur Adina mengesahkan terdapatnya mesej yang dihantar Rizal kepada Nur Adina tentang pengeluaran wang ASB. [25] Setelah kedua-dua mengaku fakta kes dan semua ekshibit yang dikemukakan, juga setelah mendengar rayuan yang telah dibuat oleh peguambela untuk Tertuduh Pertama dan peguambela Kedua. [26] Untuk kedua-dua pertuduhan tersebut, Mahkamah telah membenarkan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua ini diikat jamin berkelakuan baik selama 2 tahun dengan jaminan sebanyak RM5,000 (tanpa cagaran) dengan seorang penjamin di bawah Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah. [27] Di dalam rayuannya, peguambela kepada Tertuduh Pertama (Rizal) iaitu Encik Azrul telah menyatakan seperti berikut:- 8 [28] Rizal Bin Ibrahim (Tertuduh Pertama) adalah kini berusia lebih kurang 33 tahun dan semasa kejadian berusia lingkungan 30 tahun dan ketika kejadian berlaku adalah merupakan bekas kakitangan Pos Malaysia Berhad. Telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Tertuduh Pertama kini mempunyai perniagaan di kantin asrama penuh iaitu perniagaan yang tetap yang diusahakan bersama ibunya bagi menyara keluarga mereka. Bapa Tertuduh Pertama telah meninggal dunia dan kini Tertuduh Pertama menjadi pencari sumber pendapatan kepada keluarga beliau. Lesen perniagaan tersebut adalah di bawah dan usaha Tertuduh Pertama sendiri. Malah di dalam kes ini, Tertuduh Pertama dan pengadu-pengadu mempunyai pertalian darah dan pengadu sendiri yang membesarkan Tertuduh Pertama bersama ibu Tertuduh Pertama. Jika pengadu selaku nenek dan mak saudara boleh memaafkan dan mengampunkan Tertuduh Pertama, maka kami pohonkan di sini agar Tertuduh Pertama diberikan satu peluang kedua dalam hidupnya. Tertuduh Pertama ini merupakan pesalah kali pertama dan wajar diberikan peluang untuk terus bersama keluarga dan masyarakat memandangkan masyarakat sendiri khususnya nenek dan keluarganya masih menerima beliau dengan penuh kasih sayang. Tertuduh Pertama sangat menyesal atas apa yang berlaku dan bertekad dalam hati dan berjanji pada Mahkamah Yang Mulia Ini dan nenek serta ibu saudara beliau bahawa beliau tidak akan mengulangi kesalahan beliau ini lagi. [29] Begitu juga peguambela untuk Tertuduh Kedua (Nur Adina) iaitu Encik Maniam Nair telah menyatakan seperti berikut:[30] Tertuduh Kedua semasa kejadian berusia lebih kurang 29 tahun. Kini Tertuduh Kedua berusia 32 tahun. [31] Ini adalah merupakan kesalahan pertama Tertuduh Kedua. [32] Tertuduh Kedua telah berumahtangga sejak tahun 1999. Beliau mempunyai 4 orang anak yang masih kecil dan bersekolah yang mana masing-masing berusia 12 tahun, 10 tahun, 6 tahun dan 1 tahun 4 bulan. Kini Tertuduh Kedua juga sedang mengandung anak kelima yang mana usia kandungan adalah 7 bulan. 9 [33] Tertuduh Kedua telah mula bekerja dengan Pos Malaysia sejak dari tahun 2001 dan sehingga tarikh kejadian Tertuduh Kedua telah bekerja hampir 10 tahun. [34] Walaubagaimanapun, akibat dari kes ini, Tertuduh Kedua telah dibuang kerja dari Pos Malaysia dalam bulan Mei 2010 yang mana pada ketika itu, Tertuduh Kedua berjawatan kerani di Pos Cheng, Melaka. Ini juga merupakan satu bentuk hukuman yang telah beliau terima. [35] Kini suaminya sahaja yang bekerja dan merupakan ‘sole bread winner’ kepada keluarga. Suaminya hanyalah bekerja sebagai pemandu lori di KTM (Keretapi Tanah Melayu Berhad) dan mempunyai pendapatan yang kecil dan tidak tetap yang mana beliau terpaksa melakukan kerja lebih masa demi untuk menampung keluarganya. [36] Bapa dan ibu beliau kini sudah uzur. Bapa beliau menghidap penyakit darah tinggi, sakit jantung dan semput dan sering kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit-penyakit yang dialaminya serta memerlukan rawatan dari masa ke semasa. Manakala ibunya mengalami penyakit darah tinggi dan perlu jua mendapatkan rawatan dari masa ke semasa. [37] Tertuduh Kedua juga telah bertemu dengan pengadu dalam kes ini dan telah memohon maaf kepada mereka. [38] Malah pengadu sendiri telah menulis surat kepada pihak pendakwaan di Melaka melalui surat bertarikh 17.8.2010 (mohon rujuk Lampiran 5) untuk menarik balik laporan polis yang dibuatnya iaitu Batang Melaka Report No. 8/09. Pengadu juga telah turut membuat laporan polis pada 19.8.2010 melalui Batang Melaka Report No. 245/10 bahawa beliau ingin menarik balik laporan polis yang telah dibuat olehnya (mohon rujuk Lampiran 6). [39] Tambahan pula, sepertimana yang telah dinyatakan oleh pengadu dalam suratnya bertarikh 17.8.2010 (Lampiran 5), beliau (Atekah Binti Mohd Yasin) dan anaknya iaitu Siti Normaidah Binti Hassan Muhammad telah menerima gantirugi di 10 atas kehilangan duit pelaburan ASB. pengadu tidak wujud lagi kerugian. Justeru itu, di pihak Justeru itu, mohon agar Tertuduh Kedua diberikan ‘bound over’ di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan di atas faktor-faktor rayuan di atas dan autoriti-autoriti yang dikemukakan di atas. Kami juga ingin menarik perhatian Mahkamah Yang Mulia Ini kepada kes Tan Tek Seng v PP [1990] 3 CLJ (Rep) 196 di Held (5) (Lampiran 7), yang mana kesalahan adalah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan melibatkan seorang guru besar yang mana perintah Seksyen 173 A Kanun Prosedur Jenayah (tanpa rekod sabitan) telah diberikan oleh Mahkamah Sesyen yang dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi. Di dalam kes di hadapan Mahkamah Yang Mulia Ini, Tertuduh Kedua hanya memohon perintah di bawah Seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah (dengan rekod sabitan). Sebagai tambahan, kami juga merujuk kepada kes-kes berikut di mana walaupun hukuman penjara adalah mandatori, Mahkamah mempunyai kuasa budi bicara untuk menjatuhkan hukuman selain penjara. (a) Winston Rajah v PP [1999] 1 CLJ 315 di Held [2b] (Mahkamah Tinggi) di Lampiran (8) – Tertuduh yang merupakan pesalah pertama telah disabitkan di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan. Mahkamah telah memberikan ‘bound over’ di bawah Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah. (Dalam kes ini Mahkamah telah merujuk kepada kes PP v Mohd Tajuddin (Unreported) di muka surat 318 para (i) yang merupakan kes rogol bawah umur yang mempunyai peruntukan mandatori penjara 5 tahun. (b) Lim Yoon Fah v PP [1971] 1 MLJ 37 di Lampiran (9) – Tertuduh yang berumur 20 tahun 7 bulan semasa melakukan kesalahan telah disabitkan di bawah Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan. Kes ini melibatkan keganasan. Namun demikian, Mahkamah telah menggunakan budi bicara untuk memberikan ‘bound over’ di bawah Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah. 11 [40] Berdasarkan alasan-alasan tersebut dan terutamanya pihak pengadu sendiri telah memaafkan mereka dan atas dasar kemanusiaan telah pohon agar kes ini ditarik balik, maka saya berkeyakinan bahawa perintah diikat jamin berkelakuan baik untuk kedua-dua Tertuduh tersebut adalah sangat wajar dan adil. Bertarikh 7hb Oktober 2011. ………… ……………………….. (ZAHARAH BINTI HUSSAIN) Hakim Mahkamah Sesyen, Melaka. 12